Posts

Salam Perkenalan

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ... Ini merupakan catatan pertama saya sebagai seorang pentadbir sekolah yang masih bertatih dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah. Walau pun sebelum ini saya merupakan salah seorang Guru Kanan Bidang (Sains dan Matematik) di salah sebuah sekolah di Butterworth Pulau Pinang tetapi saya merasakan memegang Jawatan Penolong Kanan Kokurikulum mempunyai cabaran yang tersendiri. Sebelum ini bidang saya hanya menjurus kepada akademik tetapi sekarang saya lebih fokus kepada bidang kokurikulum yang memerlukan kecekapan pengurusan dari sudut yang berbeza. Justeru menimba ilmu sebagai pentadbir di sekolah adalah satu kemestian bagi setiap guru khususnya yang ingin menjadi seorang pentadbir. Berdasarkan pengalaman saya selama lebih kurang 5 tahun  menjadi Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik dan 15 Tahun sebagai guru biasa saya rasakan banyak lagi perkara yang belum saya terokai dalam bidang pendidikan ini. Pelbagai ilmu dalam dunia pendidikan khusu